Friday, August 3, 2012

Buka Akaun Simpanan Untuk Kanak-Kanak Di AmBank

Dalam mencari bank tempatan yang terbaik untuk akaun simpanan kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun, saya dapati ada 3 buah bank tempatan yang menawarkan kadar faedah atau dividen yang menarik iaitu bermula dari 3% setahun. Bank tersebut adalah AmBank, RHB Bank dan Maybank.

RHB Bank dan Maybank menawarkan Insuran Kemalangan Diri percuma apabila baki simpanan mencapai tahap tertentu iaitu RM500. Selain itu, Maybank menawarkan insentif kecemerlangan pendidikan dalam peperiksaan besar PMR, SPM, STPM dan Ijazah universiti.

Walau pun Ambank tidak menawarkan keistimewaan sebagai mana dua buah bank di atas, saya memilih untuk membuka akaun anak saya bersama AmBank kerana tertarik dengan maskot AmBank iaitu Unta yang dijadikan sebagai tabung. Harapnya anak saya mempunyai tabiat menabung selepas ini.

No comments:

Post a Comment