Samsul.my Radio

Saturday, September 27, 2014

Unit Trust Untung Cepat?

Samsul, berapa pulangan pelaburan saya kalau saya nak invest selama 6 bulan?

Wo wo wo, hold the phone frenz. Unit trust untuk 6 bulan?

Ah ha, dream on. Unless you have a crystal ball, if you don't mind, share it with me.



Serius kawan, unit trust bukan satu cabang pelaburan untuk jangka masa yang pendek. Seperti yang saya pernah kongsikan dulu, jika anda berhajat untuk mendapat pulangan dalam masa yang pantas, rajinkan diri anda untuk mempelajari cara melabur dalam derivatives atau setidaknya dalam pelaburan saham.

Kalau forex ok tak? Errr, baik bagi saja duit tu pada saya, pandailah saya habiskannya. Unless, anda memang mahir dalam pelaburan forex, keep it your way. It's not work for me frenz. Indices mini futures, yes. It's work for me for this moment (don't know when it will last).

Kawan, pelaburan unit trust ini memang sesuai untuk anda yang tidak mahir dalam pelaburan. Walau pun harga NAV sentiasa berubah-ubah, anda yang mahir menganalisa perubahan NAV ini membuat untung dengan perubahan NAV ini. Bagi anda yang tidak tahu kenapa ia naik dan turun, strategi buy-and-hold adalah pendekatan yang terbaik. Lupakan market timing dan sebagainya, tumpukan kepada strategi ini, melabur bila ada duit lebih atau yang lebih bagus lagi melabur 10% daripada wang gaji bulanan anda.

Sebenarnya anda boleh melakukan pelaburan tetap secara autodebit bulanan serendah RM200 sahaja. Dengan cara ini anda boleh mendapat faedah daripada strategi Dollar Cost Averaging (DCA) yang berkesan untuk jangka masa yang panjang (dari 3 tahun dan ke atas).

Moralnya, melaburlah secara tetap walau pun sikit jumlah dan keuntungannya, daripada tak ada pelaburan langsung atau pelaburan yang entah ke mana.

Soalan terakhir, di manakah anda laburkan wang dalam dana KWSP akaun 1 anda setiap 3 bulan?

Salam hujung minggu dan selamat melabur.

Muhammad Samsul Rizal, AFPM adalah Wealth Consultant di CWA. Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan unit trust di talian 019-6058599 atau email samsul.cwa@gmail.com.

"Life is short, Invest wisely"


Friday, September 19, 2014

Module 5 Certified Financial Planner

Kurang dari sebulan sahaja lagi saya akan menduduki kelas bagi Modul 5 dalam sijil Certified Financial Planner (CFP) di KDU Seksyen 13, Petaling Jaya. Modul 5 ini adalah Estate Planning & Retirement Planning.

Insya Allah selepas lulus modul ini, saya akan berpeluang untuk melengkapkan CFP dengan melayakkan saya untuk menduduki Modul 6.

Sebelum memasuki kelas, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar yang sudi mencurahkan ilmu yang sangat bernilai kepada saya. Tidak lupa juga kepada anak dan isteri serta keluarga yang sentiasa menyokong perjuangan saya untuk belajar.

Kepada yang mengikuti blog ini, saya ucapkan terima kasih kerana memberi ruang saya berkongsi pengetahuan yang sedikit ini dan saya harapkan ia dapat membantu anda dalam perancangan kewangan anda.

ChFC, CFA, CLARITAS atau CHP akan saya pertimbangkan selepas tamat pengajian CFP ini dengan harapan dapat membantu seramai yang boleh dalam sama-sama mencapai kebebasan kewangan.

Dalam masa yang sama, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan unit amanah CWA dengan menghubungi saya di talian 019-6058599 atau email ke samsul.cwa@gmail.com. Insya Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda dalam pelaburan unit amanah CWA ini. Jika segan bercakap dengan saya, boleh add ke Whatsapp anda dengan nombor yang sama.




Thursday, August 7, 2014

Dana Ekuiti Terbaik CIMB-Principal Sehingga Jun 2014

Dana ekuiti sudah menjadi pilihan popular kepada pelabur unit amanah kerana prestasi memberi pulangan yang stabil hingga ke hari ini. Berikut adalah 10 dana ekuiti Malaysia terbaik di bawah kelolaan CIMB-Principal Asset Management Berhad yang diedarkan oleh CWA.

  1. CIMB-Principal Small Cap Fund - 27.25%
  2. CIMB Islamic Small Cap Fund - 25.01%
  3. CIMB Islamic Equity Agresive Fund - 16.89%
  4. CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund - 16.76%
  5. CIMB-Principal Equity Fund 2 - 16.21%
  6. CIMB Islamic DALI Equity Theme Fund - 14.76%
  7. CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund - 13.36%
  8. CIMB-Principal Equity Fund - 12.46%
  9. CIMB-Principal Equity Agresive Fund 1 - 12.41%
  10. CIMB-Principal Equity Agresive Fund 3 - 12.15%

Dana ekuiti Malaysia merupakan dana yang baik untuk pelabur baru sebagai permulaan dalam pelaburan unit amanah. Kebanyakan dana ekuiti Malaysia dibenarkan oleh EPF bagi ahlinya mengeluarkan sebahagian yang dibenarkan untuk tujuan pelaburan dalam unit amanah ini.

Sila hubungi saya di talian 019-6058599 atau email samsul.cwa@gmail.com, saya boleh bantu anda untuk melabur dalam dana-dana unit amanah CWA ini.


Friday, July 18, 2014

Perancangan Cukai Peribadi

Saya ingin kongsikan newsletter yang diterbitkan oleh Majalah Wang yang bertajuk Perancangan Cukai Peribadi. Anda boleh muat turun secara percuma Newsletter #2 Majalah Wang ini.

Semoga ia bermanfaat.

Saturday, June 21, 2014

Jenis Pelabur Yang Manakah Satukah Anda Sebenarnya?




Ketahui sama ada anda merupakan pelabur jangka panjang atau pun jangka pendek. Ikuti Podcast Samsul Rizal ini dari semasa ke semasa.

Wednesday, May 28, 2014

Menganggarkan Pulangan Pelaburan Unit Trust

Tujuan utama dalam pelaburan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Walau pun pelabur berdepan dengan risiko kerugian, namun dengan mengamalkan pembahagian asset (asset allocation), hal ini dapat dikurangkan.



Kali ini saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lebar tentang pembahagian asset kerana saya ingin berkongsi cara untuk anda menganggarkan pulangan pelaburan anda dalam unit trust. Dana unit amanah boleh dikategorikan kepada 3 kategori utama iaitu dana ekuiti, dana terimbang dan dana bond. Secara idealnya pulangan dana-dana ini adalah 9%, 6% dan 3%.

Dengan menggunakan aplikasi pengiraan anggaran keuntungan seperti Financial Calculator Online, anda boleh masukkan pelaburan permulaan anda, katakan RM10,000, kemudian tempoh masa pelaburan contohnya 10 tahun dan masukkan kadar keuntungan 9%, 7% atau 3%. Akhirnya anda akan mendapat future value (FV) iaitu anggaran keuntungan anda selama pelaburan 10 tahun dengan kadar keuntungan yang dimasukkan tadi.

Di CWA, mereka ada menyediakan financial ruler yang mana anda boleh melihat anggaran keuntungan dengan mudah. Insya Allah saya akan mendapatkannya dan apabila kira berjumpa kelak, saya boleh tunjukkan kepada anda.

Terima kasih kerana membaca blog saya. Sebarang komen dan cadangan, harap dapat anda kemukakan di bahagian komen di bawah ini.

Siapa Samsul Rizal? 
Muhammad Samsul Rizal Bin Masron, AFPM merupakan Wealth Consultant di CWA, sebuah jenama CIMB Principal Asset Management Berhad. Diberikan status Associate Financial Planner of Malaysia oleh FPAM yang membawa gelaran AFPM. Membantu pelanggan dalam memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko dalam pelaburan unit trust. Boleh dihubungi di talian 019-6058599 atau email samsul.cwa@gmail.com.

Tuesday, May 13, 2014

Tahun Ini Tahun Cemerlang Bagi Dana-Dana Small Cap

Jika anda ketinggalan bot, dana dalam kategori small cap juga menjadi kegemaran saya selain daripada dana ekuiti seperti CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund. Rata-rata dana small cap daripada fund houses di Malaysia memberikan pulangan yang ump, terbaek!



Dalam CWA juga ada dana small cap yang saya langgan iaitu CIMB Islamic Small Cap Fund. Jika diambil purata pulangan yang diberikan antara Mac 2013 hingga Mac 2014, dana ini telah berkembang sebanyak 47.99%.

Namun, seperti yang anda sedia maklum, dana-dana small cap jatuh dalam kategori berisiko tinggi yang mana pada masa-masa ekonomi baik, merekalah champion tetapi pada masa ekonomi merudum merekalah the bigest loser.

Bagi anda yang berusia awal 20-an, dana ini amat sesuai untuk anda kerana anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang masih panjang seandainya dana ini mengalami kerugian. Anda masih punyai masa untuk mengimbangi semula portfolio anda.

Untuk yang sedikit berusia seperti saya, pendedahan sedikit dalam dana ini saya galakkan dengan sokongan dana ekuiti yang lain dalam pecahan 70-30.

Life is short, invest wisely.

Muhammad Samsul Rizal, AFPM merupakan Wealth Consultant di CWA, sebuah jenama CIMB Principal Asset Management Berhad dan beroperasi di agensi FInancial Planning CWA Damansara Utama. Masih menduduki kelas CFP dan akan mengambil exam Perancangan Percukaian pada Julai ini. Masih bergelar Associate Financial Planner Malaysia yang membawa gelaran AFPM. Boleh dihubungi di talian 019-6058599 atau email samsul.cwa@gmail.com untuk bertukar-tukar pendapat dan melabur dalam unit trust di bawah CWA termasuk dana-dana Hwang Investment Berhad.